handphone ??

     Image result for samsung j7 

Bismillah. Hai guys. Jadi harini saya nak kongsikan sedikit tentang dua jenama telefon bimbit yang terbesar ini, Samsung dan iPhone. Kalau anda pilih yang mana? Apa faktor yang menyebabkan anda pilih sesebuah jenama telefon bimbit itu? Apa kelainan yang terkandung di dalam sesebuah telefon bimbit yang anda pilih itu? Jadi hari ini saya akan kongsikan beberapa tips utuk memilih sesebuah telefon bimbit. Have fun!


Tips untuk memilih telefon bimbit :

Reka Bentuk, Dimensi, Berat dan Material

Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh peranti Phablet yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya keteria yang agak subjektif untuk dibincangkan dan tidak banyak boleh aku perkatakan. Hanya mampu kami perkatakan disini, pilihlah telefon pintar yang mudah untuk anda pegang, simpan atau bawa kemana saja. Dari segi material, carilah yang bersesuaian dengan kadar penggunaan anda atau berkorbanlah sedikit wang ringgit untuk membeli pelindung (cover) yang berkualiti. Mungkin agak mahal dari menyesal kemudian hari kerana jaminan tak merangkumi segala kerosakan.

Processor dan RAM


Telefon dengan RAM tinggi, prosessor dah dasyat, resolusi skrin dah terbaik, mesti nak masuk video dengan permainan HD kan. Jadi perlukan ruangan kapasiti yang tinggi. Kebanyakkan telefon pintar Android menyokong tambahan ruangan kapasiti dengan menggunakan kad microSD. Tetapi malangnya ada sesetengah tidak menyokong kad microSD. Bagi aku, 16GB memori dalaman sudah mencukupi, tetapi pastikan ianya mempunyai sokongan penambahan kapasiti. Kalau takde kena cari peranti mempunyai memori dalaman yang tinggi atau besar.


Jangka Hayat Bateri


melayari internet menggunakan sambungan 4G mempercepatkan kuasa bateri kehabisan. Jadi dengan itu, bateri yang mempunyai kapasiti yang tinggi diperlukan. Hari ini, banyak telefon pintar yang didatangkan dengan kapasiti bateri yang tinggi. Ianya terpulang pada anda untuk memilih. Yang penting pada kami kapasiti sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 8 ke 10 jam untuk penggunaan maksimum. terdapat beberapa cara untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa bateri.

Jadi, itu sajalah info- info yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Semoga kita bertemu lagi di lain hari dan semoga info ini dapat membantu anda semua dalam membuat pemilihan dengan bijak dan baik. Sekian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar membuat brownies kedut