Wangi-wangian

Assalamualikum semua. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada hari ini. Jadi wajarlah kita untuk mengucapkan kesyukuran terhadap-Nya.

Haaa~ hari ini saya nak share satu hadis dengan anda semua. Hadis ini berkaitan dengan perkara yang disukai oleh Rasulullah SAW iaitu wangian. Hadis ini berbunyi,

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW, " Barang siapa yang ditawarkan kepadanya wangi-wangian, maka janganlah menolaknya. Kerana sesungguhnya wangi-wangian ringan bebannya dan harum baunya". (Hadis Riwayat Muslim)(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, at-Tibbun Nabawi,t.t.: 368-373)

Kesimpulannya, kita digalakkan memakai wangi-wangian kerana ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Mengikuti sunnahnya sahaja sudah kita perolehi satu pahala dengan izin Allah SWT. Jadi cukup disini sahaja cerita saya pada hari ini. Semoga kita panjang umur dan bertemu lagi di lain hari. Assalamualaikum, xoxo

Comments

Popular posts from this blog

handphone ??

Belajar membuat brownies kedut