Belajar Membuat Cream Puff
Assalamualaikum semua. Hai ! Apa rancangan anda pada hari ini? Pada hari ini saya nak kongsikan satu resepi berkenaan dengan pastry. Nama resepi ini ialah Cream Puff. Mesti ramai yang suka makan cream puff ini kan? Mana tidaknya melihat saja akan kecomelan dan kegebuan cream puff ini kita semua pasti tidak sabar ingin menikmati keenakan manisan ini. Walaupun harganya tidak mahal tapi kenapa tidak untuk kita mempelajari sesuatu yang kita suka makan. Malah ia akan menjadi satu keistimewaan kepada diri kita kerana apabila kita berkeinginan untuk makan kita mampu membuatnya sendiri. So, let's cook !!
Bahan-bahan untuk buat 'puff'
Bahan-bahan untuk buat 'puff'
- 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
- 100 gm butter
- 250 ml air
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
Bahan-bahan untuk buat 'custard cream
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan krim custart kedalamnya.
Jadi macam mana? Mudah saja kan? Seleps ini anda boleh saja membuat cream puff anda sendiri rumah kerana ia lebih berbaloi berbanding beli di luar. Selamat mencuba !
(maaf kerana tiada gambar)
- 2 sudu besar tepung gandum*
- 2 sudu besar tepung jagung*
- 8 sudu besar gula*
- 2 cup susu segar (240ml X2)
- 2 biji telur (L size)
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu besar mentega
- secubit pewarna kuning
Cara-cara untuk buat puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan
2. Pukul semua telur dalam bekas lain terlebih dahulu. Saya guna pemukul tangan adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung. Kacau sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Sembur sedikit air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah-tengah supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. Jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ya.
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan krim custart kedalamnya.
Jadi macam mana? Mudah saja kan? Seleps ini anda boleh saja membuat cream puff anda sendiri rumah kerana ia lebih berbaloi berbanding beli di luar. Selamat mencuba !
(maaf kerana tiada gambar)
Comments
Post a Comment