Tips untuk cantik secara semulajadi
Assalamualaikum semua. Hai selamat pagi. Pada hari ini saya nak berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan wajah yang cantik. Siapa yang tidak suka cantik bukan? Fitrah manusia memang sukakan kecantikan. Jadi mari kita bersama-sama melihst apakah tips-tips untuk menjadi cantik! Let's begin.
1. AIR
Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air. Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan. Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air.
2. JUS LEMON
Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.
Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Caranya:
1) Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.
2) Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.
3. ALOE VERA
Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.
Caranya:
1) Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu
2) Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.
4. MINYAK TEA TREE
Antibakteria yang terkandung dalam minyak ini boleh mengurangkan parut dan jerawat.
Namun, dinasihatkan untuk mencubanya di tangan dahulu sebelum digunakan di muka kerana ada yang alergi dengan minyak ini.
Caranya:
1) Titiskan pada cotton swab dan sapu pada bahagian berjerawat
2) Sejam sebelum tidur, sapu minyak ini pada kulit dan biarkan semalaman
Haaaa jadi itulah saja yang saya dapat kongsikan dengan anda semua pada pagi ini. Semoga perkongsian saya ini dapat membatu anda semua untuk mencuba beberapa tips ini untuk anda kelihatan lebih cantik dengan keyakinan anda sendiri. Selamat mencuba guys! xoxo

Comments
Post a Comment