Tips Mengulangkaji Pelajaran



Image result for topi konvokesyen

 TIPS MENGULANGKAJI PELAJARAN !!

Nak bijak tak ?? Jadi hari ini saya akan berkongsi beberapa tips yang dapat membantu anda dengan lebih berkesan.


1 ) Jangan ponteng kelas ketika hampir peperiksaan, hal ini kerana guru merupakan individu yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam bidangnya. Jadi, sekiranya hampir peperiksaan kebiasaannya guru akan menggunakan segala teknik yang ada untuk membiasakan latihan berfokus dan memberitahu soalan yang akan dijangka akan keluar.

2) Cuba semak dan membuat latihan soalan tahun lalu, soalan peperiksaan kebiasaanya berkisarkan soalan tahun lepas. Kebiasaanya ia akan mengalami sedikit perubahan dan kadangkala ia diputarkan sahaja. Selain itu, soalan lepas juga mendidik kita meneroka apa lagi yang perlu kita ulangkaji dan patut kita tahu.



3) Tumpu dan kenalpasti topik utama, kalau rasa risau, jangan ditenung kulit buku sampai berjam-jam. Buka buku tu dan kenalpasti topic utama yang perlu dipelajari. Kadangkala buku kita itu mempunyai topic yang tak penting yang digunakan untuk menerangkan dan mengukuhkan kefahaman topik penting. Jadi, cuba bertanya guru topik yang penting yang perlu dipelajari dan dikukuhkan.

4) Buat jadual ulangkaji, opsss, sepatutnya inilah yang pertama, membuat jadual ulangkaji adalah paling pertama sebelum membuat ulangkaji yang bersistematik. Hal ini kerana masa amatlah penting, sekiranya jadual tidak dibuat maka disiplin kesemua matapelajaran akan terganggu malahan membuatkan anda kerugian.

Image result for topi konvokesyen

5) Rujuk cikgu jika mengalami masalah, Hampir dengan peperiksaan biasa akan mengalami masalah sendiri tak kira masalah peribadi ataupun masalah pelajaran. Pastikan anda merujuk guru yang sesuai supaya maklumat yang anda dapat itu berkesan untuk diri anda. Jika hendak berjumpa dengan guru baik jika diwaktu pagi serta ketika guru tersebut Nampak tidak sibuk. Jika tidak mungkin jawapan yang diberikan agak kurang memuaskan dan singkat ( guru sekarang sibuk tau, bukan macam dulu-dulu )

Bila dah hampir peperiksaan buatlah nota ringkas yang boleh dibawa jalan-jalan. Dah hampir peperiksaan tak perlulah bawa buku teks, buku rujukan setebal 1000 muka surat anda itu. Lebih berat dan banyak yang anda bawa makin stress lah anda nanti. Yakinlah pada diri, buatlah nota ringkas perkara yang perlu anda ingat. Jika dibawa buku setebal gunung sekalipun bukan anda cukup masa lagi untuk membaca semuanya. Yang paling berkesan untuk membuat ulangkaji menyeluruh adalah dengan membaca soalan.


Jadi inilah dia tips-tips mengulangkaji dengan lebih berkesan. Semoga ia dapat membantu anda untuk lebih bersemangat nanti yer. Jom jadi bijak !!

Comments

Popular posts from this blog

handphone ??

Belajar membuat brownies kedut