makan time !!


Image result for makananImage result for makanan
Image result for makanan

Siapa sini kuat makan angkat tangan. Haaa kepada yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan ini mari kita bersama-sama menerokai tempat-tempat popular di Malaysia yang anda patut kunjungi.

Image result for 40 hari kari kambing     
KARI KAMBING 40 HARI
Restoran ini terletak di Yong Peng,Johor dan bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Yang menariknya tentang restauran ini adalah pelanggannya tidak putus-putus datang menjamu selera di sini. Restoran ini amat dikenali dengan menu utamanya iaitu kari kambingnya yang sangat empuk dan tidak berbau. Harganya amatlah berbaloi iaitu hanya RM48 untuk satu dulang. Satu dulang ini bukan untuk seorang makan tetapi boleh berkongsi sehingga 5 orang makan ! Amatlah berbaloi harganya.

Image result for shell out    Image result for shell out
RESTORAN SHELL OUT
Siapa sini yang tidak pernah mencuba merasai keseronokan bermain bersama makanan, mari saya tunjukkan kepada anda satu tempat yang sangat terkenal sekarang, iaitu Resoran Shell Out. Restoran ini terletak di 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, Kota Damansara. Restoran ini berkonsepkan makanan yang dilambakkan di atas meja. Alatan seperti tukul turut disediakan untuk memudahkan para pengunjung mengetuk makanan yang bercengkerang seperti ketam.Harganyan amatlah berbaloi kerana kita akan merasa sangat berpuas hati dengan konsep yang disediakan.


   

Image result for akob patin house
Image result for ikan patin temerloh
AKOB PATIN HOUSE
 
Akob Patin House is the best place ever to eat ikan patin tempoyak in Kuantan. Bagi penggemar tempoyak, anda kini tidak perlu lagi memandu jauh-jauh hingga ke Temerloh semata-mata tempoyak sebab di Kuantan juga ada ikan patin tempoyak. Restoran ini terletak di Tapak PCCL Jalan Besar
25000 Kuantan Pahang Darul Makmur. Terletak di seberang Sungai Kuantan, bersebelahan bangunan lama KWSP dan bangunan lama Samudera Hotel. Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk makanan tengah hari.
 
 
 
Jadi, setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan beberapa lokasi menarik di Malaysia yang menyediakan makanan terbaik di abad ini. Harapan saya adalah semoga ia dapat membantu anda untuk mencari beberapa lokasi makanan terbaik. Selamat mencuba !!

Comments

Popular posts from this blog

handphone ??

Belajar membuat brownies kedut