Posts

Showing posts from 2017

Belajar membuat brownies kedut

Image
Assalamualaikum semua. Haaa mesti anda tertanya-tanya kenapa saya muat naik video inikan? Saya muat naik video ini kerana saya mahu berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat brownies kedut yang paling mudah. Bahan-bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah didapati di pasaraya berdekatan kediaman anda. Jadi marilah kita bersama-sama belajar cara-cara membuat brownies kedut :) Selamat mencuba ya semua. xoxo

Tips untuk cantik secara semulajadi

Image
Assalamualaikum semua. Hai selamat pagi. Pada hari ini saya nak berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan wajah yang cantik. Siapa yang tidak suka cantik bukan? Fitrah manusia memang sukakan kecantikan. Jadi mari kita bersama-sama melihst apakah tips-tips untuk menjadi cantik! Let's begin. 1. AIR Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air. Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan. Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air. 2. JUS LEMON Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit. Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya: 1) Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagi

Belajar Membuat Cream Puff

Assalamualaikum semua. Hai ! Apa rancangan anda pada hari ini? Pada hari ini saya nak kongsikan satu resepi berkenaan dengan pastry. Nama resepi ini ialah Cream Puff. Mesti ramai yang suka makan cream puff ini kan? Mana tidaknya melihat saja akan kecomelan dan kegebuan cream puff ini kita semua pasti tidak sabar ingin menikmati keenakan manisan ini. Walaupun harganya tidak mahal tapi kenapa tidak untuk kita mempelajari sesuatu yang kita suka makan. Malah ia akan menjadi satu keistimewaan kepada diri kita kerana apabila kita berkeinginan untuk makan kita mampu membuatnya sendiri. So, let's cook !! Bahan-bahan untuk buat 'puff' 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 100 gm butter 250 ml air   1 sudu teh gula   1 sudu teh esen vanila 3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji) Bahan-bahan untuk buat 'custard cream 2 sudu besar tepung gandum* 2 sudu besar tepung jagung* 8 sudu besar gula*

Tips Mengulangkaji Pelajaran

Image
  TIPS MENGULANGKAJI PELAJARAN !! Nak bijak tak ?? Jadi hari ini saya akan berkongsi beberapa tips yang dapat membantu anda dengan lebih berkesan. 1 ) J angan ponteng kelas ketika hampir peperiksaan , hal ini kerana guru merupakan individu yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam bidangnya. Jadi, sekiranya hampir peperiksaan kebiasaannya guru akan menggunakan segala teknik yang ada untuk membiasakan latihan berfokus dan memberitahu soalan yang akan dijangka akan keluar. 2) Cuba semak dan membuat latihan soalan tahun lalu , soalan peperiksaan kebiasaanya berkisarkan soalan tahun lepas. Kebiasaanya ia akan mengalami sedikit perubahan dan kadangkala ia diputarkan sahaja. Selain itu, soalan lepas juga mendidik kita meneroka apa lagi yang perlu kita ulangkaji dan patut kita tahu. 3) Tumpu dan kenalpasti topik utama , kalau rasa risau, jangan ditenung kulit buku sampai berjam-jam. Buka buku tu dan kenalpasti topic utama yang perlu dipelajari. Kadangkala buku ki

makan time !!

Image
Siapa sini kuat makan angkat tangan. Haaa kepada yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan ini mari kita bersama-sama menerokai tempat-tempat popular di Malaysia yang anda patut kunjungi.       KARI KAMBING 40 HARI Restoran ini terletak di Yong Peng,Johor dan bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Yang menariknya tentang restauran ini adalah pelanggannya tidak putus-putus datang menjamu selera di sini. Restoran ini amat dikenali dengan menu utamanya iaitu kari kambingnya yang sangat empuk dan tidak berbau. Harganya amatlah berbaloi iaitu hanya RM48 untuk satu dulang. Satu dulang ini bukan untuk seorang makan tetapi boleh berkongsi sehingga 5 orang makan ! Amatlah berbaloi harganya.     RESTORAN SHELL OUT Siapa sini yang tidak pernah mencuba merasai keseronokan bermain bersama makanan, mari saya tunjukkan kepada anda satu tempat yang sangat terkenal sekarang, iaitu Resoran Shell Out. Restoran ini terletak di 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, Kota Damansar

Wangi-wangian

Assalamualikum semua. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada hari ini. Jadi wajarlah kita untuk mengucapkan kesyukuran terhadap-Nya. Haaa~ hari ini saya nak share satu hadis dengan anda semua. Hadis ini berkaitan dengan perkara yang disukai oleh Rasulullah SAW iaitu wangian. Hadis ini berbunyi, Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW, " Barang siapa yang ditawarkan kepadanya wangi-wangian, maka janganlah menolaknya. Kerana sesungguhnya wangi-wangian ringan bebannya dan harum baunya". (Hadis Riwayat Muslim)(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, at-Tibbun Nabawi,t.t.: 368-373) Kesimpulannya, kita digalakkan memakai wangi-wangian kerana ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Mengikuti sunnahnya sahaja sudah kita perolehi satu pahala dengan izin Allah SWT. Jadi cukup disini sahaja cerita saya pada hari ini. Semoga kita panjang umur dan bertemu lagi di lain hari. Assalamualaikum, xoxo

handphone ??

Image
        Bismillah. Hai guys. Jadi harini saya nak kongsikan sedikit tentang dua jenama telefon bimbit yang terbesar ini, Samsung dan iPhone. Kalau anda pilih yang mana? Apa faktor yang menyebabkan anda pilih sesebuah jenama telefon bimbit itu? Apa kelainan yang terkandung di dalam sesebuah telefon bimbit yang anda pilih itu? Jadi hari ini saya akan kongsikan beberapa tips utuk memilih sesebuah telefon bimbit. Have fun! Tips untuk memilih telefon bimbit : Reka Bentuk, Dimensi, Berat dan Material Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh peranti Phablet yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya keteria yang agak subjektif un
Image
Tak semua perempuan pandai memasak. yes, antaranya aku >.< Aku dari dulu lagi tak pandai memasak sebab aku dulu memang jarang gila masuk dapur sebab masa cuti aku terperap dalam bilik jer. Cuba teka aku buat apa ?? Hahahaha belajar beb. Haha yes belajar bukan tidur --' Tapi spm macam tu jugak. Tapi, aku sekarang tengah mencuba lah untuk selalu masuk dapur. Dapat tolong gaul gulai ibu sikit-sikit tu kira ok lah kan ?? Hahahaha Memandangkan aku sangat suka makan so aku try lah masak ape2 yang aku nak.Contohnya macam nasi impit goreng daging. Haha terliur tak ?? Biasa- biasa saja.